KUALA LUMPUR: Dakwaan mengatakan restoran dan gerai makanan yang
mengambil bahagian dalam Program Menu Rakyat 1Malaysia tidak mengikut
harga dan kualiti yang ditetapkan tidak benar berikutan mereka masih
menawarkan harga seperti dicadangkan kerajaan.
Tinjauan Harian Metro terhadap beberapa restoran yang menyediakan
menu itu mendapati mereka masih menawarkan harga sama iaitu bagi sarapan
di Semenanjung RM2 dan RM2.50 untuk Sabah, Sarawak serta Labuan
manakala untuk makan tengah hari, di Semenanjung RM4 dan RM5 bagi Sabah,
Sarawak dan Labuan. (Sumber)
Hebat sangat ker Restoran 1Malaysia tuh..? Biasa jer harga aku tengok. Tiap2 pagi sarapan aku memang dah RM2 pun. Makan tengahari pun tak masuk minuman lebih kurang tu gak. Kalau betul nak bagi harga murah bagilah harga macam kat kedai yang aku singgah makan ni. Aku gerenti mamak2 tu pun tak berani nak bagi harga macam nih..!
Kalau ada kedai makan kat KL yg blh bagi harga macam ni hari2 aku akan pi makan kat sana.

0 comments:
Post a Comment