Pages

Oct 24, 2011

Engineer Proton tidur atau masih berfikir..?

Aku dah letih dengar kisah drebar teksi merungut pasal NGV nih.! Ini masalah lama yang nampaknya macam takda penyelesaian. Kata kereta proton ni hebat sangat tapi sampai hari ni masalah yang satu ni masih tak dapat diselesaikan lagi. Ramai bebenar dah drebar teksi yang merungut setengah mati sebab enjin teksi terutama jenis Campro ni elergik dengan NGV nih. Enjin tak tahan panas.. maklumlah buatan Malaysia semuanya manja..! Takkan tak sampai setahun  on the road dah nak kena overhaul. Ada yang setahun dah 2 3 kali overhaul. Meh kita baca rungutan mereka tentang masalah nih..


Aku dan Teksi berkata..."Permasaalahan ini banyak melanda kawan2 yang mengunakan engin campro,Tapi tiada kepada teksi iswara."

Tanpa Nama berkata... "Setuju sangat.., dasar mewajibkan penggunaan teksi proton yang sekarang ini guna enjin campro adalah tidak adil kepada pemandu yang terpaksa berhadapan dengan masalah kerosakan enjin akibat penggunaan NGV.., tapi orang atasan tidak mahu peduli dan akhir nya pemandu yang menjadi mangsa."

Tanpa Nama berkata... "Pernah x alami masalah teksi meletop-letop dan cara penyelesaiaannya. Beribu-ribu dah habis tp masalah tak settle lagi..."
Jadi mana satukah yang bermasalah sebenarnya. Adakah sistem NGV itu yang bermasalah yang patut dihumbankan keluar dari bonet-bonet teksi tu atau teksi-teksi ini yang memang manja tak sesuai untuk di pasang tong NGV ni..?

0 comments:

Hentian Teksi

Hentian Teksi