Musim Pak Man Telo dah lama lalu. Musim Swisscash pun dah senyap jugak. Musim Uptrend pun macam tu jugak.. dah diam.
Sekarang ni kiri kanan depan belakang atas bawah orang dok cakap pasal emas, pasal nak beli emas sebab ramai yang dah beli emas. Ramai yang dah untung sebab beli emas. Maka berduyunlah orang yang keluarkan duit simpanan mereka untuk berlumba-lumba beli emas.
Bagi aku orang Melayu ni masih lagi terikat dengan budaya nak cepat kaya. Konsepnya sama 'skim cepat kaya' jugak cuma caranya saja yang berbeza. Selalunya kalau dah riuh rendah itu petandanya dah nak sampai penghujung musim.
Di Malaysia ni ada beberapa syarikat yang mengendalikan urusan jual beli emas nih. Mungkin sebab ada VIP yang berurusan dengan syarikat tuh maka orang ramai pun yakinlah dengan syarikat tersebut. Dulu Swisscash pun macam tu jugak, Uptrend pun macam tu jugak. last2 lingkup.
Dorang kata harga emas stabil so mesti untung punya. Tapi dorang lupa bahawa emas itu pun komoditi jugak yang ada naik dan turunnya. Setiap yang naik pasti akan ada turunnya cuma harga barang kat Malaysia ni jer yang naik tak turun2.
Memang tak dinafikan emas itu lebih selamat berbanding komoditi2 yang lain. tapi yang aku risaukan bukan pasal emas tuh.. yang aku risaukan cuma di Malaysia ni ramai yang suka ambik kesempatan. Takut nanti syarikat yang kutip duit tu pulak yang lari. Maklumlah dah collect juta2.
Kalau nak sangat beli emas pergi je beli barang kemas kat kedai emas tuh. Kalau tidakpun ngorat jer anak tokey kedai emas tuh... kompom kaya..!

0 comments:
Post a Comment