Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan ada kes tangkapan dan aduan
oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih
700 hari untuk diselesaikan.
Menurut laporan itu, tempoh tersebut bermula daripada tarikh tangkapan sehingga tindakan amaran, pembayaran kompaun, penggantungan atau pembatalan lesen yang boleh diselesaikan dalam masa sehari.
Perkara tersebut dikesan menerusi semakan terhadap 486 kes tangkapan dari tahun 2008 hingga Mei 2010, menurut laporan itu.
Selain itu, semakan juga mendapati LPKP mengambil masa antara 41 hingga 756 hari untuk menyelesaikan 123 daripada 257 aduan, yang mana bertentangan dengan piagam organisasi iaitu 30 hari bagi urusan pengendalian aduan.
Jabatan Audit Negara turut mendapati ada kelemahan lain dalam LPKP seperti tidak mengambil tindakan pendakwaan, prosedur kerja penguatkuasaan tidak dipatuhi dan pengurusan fail serta dokumen yang tidak teratur.
Sehubungan
itu, jabatan tersebut mengesyorkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD), yang ditubuhkan 31 Jan lalu bagi menggantikan LPKP di
Semenanjung Malaysia, memperbaiki kelemahan LPKP tersebut bagi
memastikan penguatkuasaan dan pengurusan yang cekap dan teratur.
Jabatan
antara lain mencadangkan SPAD menetapkan tempoh masa bagi pelesen atau
pemandu untuk hadir ke pejabat bagi menentukan sama ada mereka dikenakan
tindakan amaran, kompaun atau dibebaskan.
Turut disyorkan agara pegawai pendakwa dilantik segera bagi membolehkan tindakan mahkamah diambil terhadap pesalah yang mempunyai kompaun tertunggak melebihi tempoh kuatkuasanya.
Jabatan
antara lain mencadangkan SPAD menetapkan tempoh masa bagi pelesen atau
pemandu untuk hadir ke pejabat bagi menentukan sama ada mereka dikenakan
tindakan amaran, kompaun atau dibebaskan.Turut disyorkan agara pegawai pendakwa dilantik segera bagi membolehkan tindakan mahkamah diambil terhadap pesalah yang mempunyai kompaun tertunggak melebihi tempoh kuatkuasanya.
Jabatan itu juga menyarankan SPAD meminta
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu)
menjalankan kajian menyeluruh terhadap prosedur bahagian penguatkuasaan
bagi memastikan kecekapan, integriti dan ketelusan operasinya. (Sumber)
0 comments:
Post a Comment