Pages

Oct 29, 2011

Boleh ke Restoran 1Malaysia lawan harga kedai ni.?

KUALA LUMPUR: Dakwaan mengatakan restoran dan gerai makanan yang mengambil bahagian dalam Program Menu Rakyat 1Malaysia tidak mengikut harga dan kualiti yang ditetapkan tidak benar berikutan mereka masih menawarkan harga seperti dicadangkan kerajaan.

Tinjauan Harian Metro terhadap beberapa restoran yang menyediakan menu itu mendapati mereka masih menawarkan harga sama iaitu bagi sarapan di Semenanjung RM2 dan RM2.50 untuk Sabah, Sarawak serta Labuan manakala untuk makan tengah hari, di Semenanjung RM4 dan RM5 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. (Sumber) 

Hebat sangat ker Restoran 1Malaysia tuh..? Biasa jer harga aku tengok. Tiap2 pagi sarapan aku memang dah RM2 pun. Makan tengahari pun tak masuk minuman lebih kurang tu gak. Kalau betul nak bagi harga murah bagilah harga macam kat kedai yang aku singgah makan ni. Aku gerenti mamak2 tu pun tak berani nak bagi harga macam nih..!


Kalau ada kedai makan kat KL yg blh bagi harga macam ni hari2 aku akan pi makan kat sana.
 

Oct 25, 2011

SPAD pun kaki lipat jugak..!

LPKP ambil masa 700 hari untuk selesai kes, aduan

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan ada kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan.

Menurut laporan itu, tempoh tersebut bermula daripada tarikh tangkapan sehingga tindakan amaran, pembayaran kompaun, penggantungan atau pembatalan lesen yang boleh diselesaikan dalam masa sehari.

Perkara tersebut dikesan menerusi semakan terhadap 486 kes tangkapan dari tahun 2008 hingga Mei 2010, menurut laporan itu.

Selain itu, semakan juga mendapati LPKP mengambil masa antara 41 hingga 756 hari untuk menyelesaikan 123 daripada 257 aduan, yang mana bertentangan dengan piagam organisasi iaitu 30 hari bagi urusan pengendalian aduan.

Jabatan Audit Negara turut mendapati ada kelemahan lain dalam LPKP seperti tidak mengambil tindakan pendakwaan, prosedur kerja penguatkuasaan tidak dipatuhi dan pengurusan fail serta dokumen yang tidak teratur.
Sehubungan itu, jabatan tersebut mengesyorkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang ditubuhkan 31 Jan lalu bagi menggantikan LPKP di Semenanjung Malaysia, memperbaiki kelemahan LPKP tersebut bagi memastikan penguatkuasaan dan pengurusan yang cekap dan teratur.

azlanJabatan antara lain mencadangkan SPAD menetapkan tempoh masa bagi pelesen atau pemandu untuk hadir ke pejabat bagi menentukan sama ada mereka dikenakan tindakan amaran, kompaun atau dibebaskan.

Turut disyorkan agara pegawai pendakwa dilantik segera bagi membolehkan tindakan mahkamah diambil terhadap pesalah yang mempunyai kompaun tertunggak melebihi tempoh kuatkuasanya.

 
Jabatan itu juga menyarankan SPAD meminta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) menjalankan kajian menyeluruh terhadap prosedur bahagian penguatkuasaan bagi memastikan kecekapan, integriti dan ketelusan operasinya. (Sumber)

Oct 24, 2011

Perhimpunan Sejuta Umat..!

Kalau macam ni barulah boleh dikatakan Perhimpunan Sejuta Umat..!



Nak tengok lagi sila klik..
http://www.boston.com/bigpicture/2011/10/occupy_wall_street_global_prot.html

Engineer Proton tidur atau masih berfikir..?

Aku dah letih dengar kisah drebar teksi merungut pasal NGV nih.! Ini masalah lama yang nampaknya macam takda penyelesaian. Kata kereta proton ni hebat sangat tapi sampai hari ni masalah yang satu ni masih tak dapat diselesaikan lagi. Ramai bebenar dah drebar teksi yang merungut setengah mati sebab enjin teksi terutama jenis Campro ni elergik dengan NGV nih. Enjin tak tahan panas.. maklumlah buatan Malaysia semuanya manja..! Takkan tak sampai setahun  on the road dah nak kena overhaul. Ada yang setahun dah 2 3 kali overhaul. Meh kita baca rungutan mereka tentang masalah nih..


Aku dan Teksi berkata..."Permasaalahan ini banyak melanda kawan2 yang mengunakan engin campro,Tapi tiada kepada teksi iswara."

Tanpa Nama berkata... "Setuju sangat.., dasar mewajibkan penggunaan teksi proton yang sekarang ini guna enjin campro adalah tidak adil kepada pemandu yang terpaksa berhadapan dengan masalah kerosakan enjin akibat penggunaan NGV.., tapi orang atasan tidak mahu peduli dan akhir nya pemandu yang menjadi mangsa."

Tanpa Nama berkata... "Pernah x alami masalah teksi meletop-letop dan cara penyelesaiaannya. Beribu-ribu dah habis tp masalah tak settle lagi..."
Jadi mana satukah yang bermasalah sebenarnya. Adakah sistem NGV itu yang bermasalah yang patut dihumbankan keluar dari bonet-bonet teksi tu atau teksi-teksi ini yang memang manja tak sesuai untuk di pasang tong NGV ni..?

Hentian Teksi

Hentian Teksi